lirik Syahid Itu Pasti

*wahai pejuang ayuh bersatulah
mara kehadapan demi islam yang mulia
wahai pejuang ayuh berkorbanlah
serahkan jiwa ragamu membela agama

gagahkan dirimu wahai pemuda islam
tadahkan doamu pada tuhan yang esa
sebarkan takbir laung Allahu akbar
syahid di jalan Allah itu matlamat kita

ulang*

Syahid Itu Pasti yakin dalam hati
kini saat tiba bertemu ilahi
menggapai rahmat dan syurga yang dijanji
mati kerana Allah cita-cita tertinggi

ulang*

Syahid Itu Pasti yakin dalam hati
kini saat tiba bertemu ilahi
menggapai rahmat dan syurga yang dijanji
mati kerana Allah cita-cita tertinggi

keputusan karnival MGBSIM 2011

Assalamualaikum, Syukur Alhamdulillah sekembalinya ShouIm dari Karnival Kokurikulum MGBSIM di SMI Hira’ Jeram telah memberi suntikan semangat buat kami untuk memperjuangkan islam melalui nasyid. Nasyid merupakan kategori yang dipertandingkan sebelum acara kemuncak sekaligus merupakan kategori terakhir telah mendapat sambutan penonton yang menggalakkan. cabutan undi telah menetapkan ShouIm sebagai peserta ke-3 pertandingan.

Pasukan tuan rumah Hira’ Jeram membuka tirai pertandingan dengan paduan suara yang mempersonakan para penonton. Manakala SMI Al-Azhar Jitra, Kedah dengan lenggok gaya dan suara yang indah telah memukau juri-juri petandingan. SMI Al-Islah Sungai Petani Kedah dengan gaya yang pelbagai bersama senyuman manis berjaya menambat hati penonton. ShouIm sendiri telah berusaha yang terbaik namun masih gagal merangkul gelaran juara berikutan paduan suara yang kurang mantap. ShouIm juga telah mempersembahkan lagu terbaru dicipta, SYAHID ITU PASTI. Berikut merupakan keputusan pertandingan Nasyid MGBSIM 2011:

1. SMI Al-Azhar Jitra, Kedah

2. SMI Al-Islah Sungai Petani, Kedah

3. SMI Hira’ Jeram, Selangor

4. SMI Al-Amin Bangi, Selangor

5. SMI Al-Amin Kemaman (ShouIm)

Semoga tahun hadapan ShouIm akan menjadi kumpulan nasyid yang disegani dan mengharumkan nama SMI Al-Amin Kemaman InsyaAllah. Sama-sama kita doakan.

Karnival Kokurikulum MGBSIM

Tanggal 6-7 Jun ini ShouIm bakal maju selangkah kehadapan lagi apabila menyertai Karnival Kokurikulum Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGBSIM) yang terletak di SMI Hira’ Jeram. Meskipun jadual ahli ShouIm sepanjang cuti ini agak padat namun ShouIm telah memilih 5 jun diperuntukkan bagi tujuan mengadakan latihan. Syarat-syarat penyertaan agak mudah dimana hanya perkusi tradisional sahaja dibenarkan namun begitu menjadi kelebihan seandainya ShouIm menggunakan Drum sebagai pelengkap. Memandangkan ahli ShouIm terhad sepanjang cuti ini dimana beberapa ahli tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang rumit. maka ahli yang bakal berentap pada 6-7 Jun ini adalah:

Vocalist: Ikmal, Anas, Mujahid, Radin, Nu’aiman
Percussionist: Dean, Arif Afwan, Muaz Yusop

Tema pada kali ini ShouIm lebih cenderung kepada JIHAD FISABILILLAH. Lagu baru yang dicipta juga membawa tema yang sama. ShouIm berharap apa sahaja keputusan yang bakal diterima bakal melonjakkan ShouIm lebih jauh kehadapan. InsyaAllah